Hari berganti hari, kita makin menghanpiri hari yang ditunggu-tunggu. Dalam Fasal 25: Mesyuarat Tahunan Cawangan, Perkara 2 (Notis):

“Notis mengenai segala urusan mesyuarat yang akan dibincangkan semasa Mesyuarat Tahunan Cawangan hendaklah dimaklumkan oleh Setiausaha PERUBATAN Cawangan kepada ahli sekurang-kurangnya 7 (tujuh) hari sebelum tarikh diadakan mesyuarat. Notis tersebut hendaklah dilampirkan dengan laporan tahunan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan, Penyata Akaun Tahunan PERUBATAN Cawangan dan sebarang usul lain yang yang telah dicadangkan oleh ahli.”
Merujuk kepada Perlembagaan PERUBATAN [Fasal 25] seperti yang tertera di atas, maka dengan ini Jabatan Setiausaha PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) 2017/2018 telah lampirkan bersama dua dokumen yang bakal dibentangkan dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Ke-10 sebagai bahan rujukan ahli sebelum tiba hari mesyuarat. Diharapkan agar ahli dapat cakna terhadap isi kandungan dokumen-dokumen tersebut. Dua lampiran dokumen tersebut merupakan:

1. Laporan Tahunan PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2017/2018: https://tinyurl.com/ybe68oqu

2. Penyata Akaun Tahunan PERUBATAN  Iskandariah 2017/2018: https://tinyurl.com/ya3v65wx

Manakala agenda tetap bagi mesyuarat ini adalah seperti berikut:

1. Pengesahan Minit Mesyuarat Tahunan Cawangan Ke-9.
2. Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan PCI.

3. Pembentangan Penyata Akaun Tahunan PCI.

4. Perbahasan Usul.
5. Sesi Cadangan & Muhasabah Gerak Kerja PCI.
6. Pelantikan Empat (4) Orang Juruaudit PCI Sesi 2018/2019.
Semua ahli PCI dijemput untuk hadir ke Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Iskandariah Kali Ke-10 ini. Jumpa anda di sana!
Sekian, terima kasih.

“Kita Keluarga PERUBATAN”
“at-Taqwa, as-Syifa, ar-Rahmah”
“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

Leave a Reply