Untuk pengetahuan semua, tempoh penghantaran usul telah pun ditutup pada 5 Februari yang lalu. Berikut merupakan usul yang telah diterima dan diluluskan oleh Lembaga Penasihat PERUBATAN Cawangan Iskandariah untuk dibahaskan dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan Iskandariah ke-10.

Usul 1

Matan usul:

Memantapkan pelaksanaan Professional Academic Day (PAD) dengan mewajibkan pengisian akademik yang dikendalikan oleh batch mengikut jurusan pada setiap hari Isnin.

Maizatul Akmal binti Mohamad Nazri, Tahun 6, Kuliah Perubatan
Usul 2

Matan usul:
Mengembalikan peranan batch dalam gerak kerja amar makruf nahi mungkar dengan mewujudkan struktur organisasi Agent of Change (AoC) dalam setiap batch yang bergerak mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Nur Syakirah binti Othman, Tahun 6, Kuliah Perubatan

 

“Kita Keluarga PERUBATAN”

Jawatankuasa Mesyuarat Tahunan Cawangan ke-10,

Jabatan Setiausaha,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2017/2018.

Leave a Reply