NAMA PERWAKILAN

Assalamualaikum wbt.

Pertama-tamanya marilah bersama-sama kita limpahkan kesyukuran atas nikmat iman dan Islam yang dikurniakan dalam kehidupan kita, tidak lupa nikmat kesihatan dan masa lapang yang sering dilupakan oleh manusia. Mutakhir kini, bukan sedikit terjadinya salah faham mengenai syura walhal syura bukanlah satu perkara yang baru sahaja dilaksanakan oleh masyarakat kini, bahkan telah diadakan pada zaman Rasulullah saw lagi.

Kita lihat sirah Rasulullah saw ketika Perang Badar, bagaimana Rasulullah saw telah meminta pandangan daripada para sahabat apabila kaum musyrikin ingin memerangi mereka walhal kaum muslimin pada asalnya hanya ingin menghalang kabilah dagang yang ingin merampas harta mereka malah tidak berniat langsung untuk berperang. Kemudian, Rasulullah saw juga telah menerima cadangan al-Hubab bin al-Munzir agar berpindah dari tempat yang dipilih baginda saw ke tempat yang mempunyai mata air yang merupakan kelebihan kepada kaum muslimin dalam mempertahankan Islam menentang kaum musyrikin.

Selain itu, Rasulullah saw turut meminta pandangan para sahabat mengenai tindakan yang sepatutnya diambil terhadap tawanan Perang Badar. Saidina Umar ra mengutarakan pendapat untuk memenggal kepala kaum musyrikin yang telah menzalimi muslimin namun berbeza dengan Saidina Abu Bakar ra yang mencadangkan untuk membiarkan sahaja tawanan perang hidup dan mendapatkan tebusan daripada mereka demi kemaslahatan Islam. Kedua-dua cadangan ini disambut dengan pujian oleh Rasulullah saw kerana kedua-dua cadangan tersebut mempunyai tujuan yang sama iaitu memuliakan agama Allah Taala dan menghina orang-orang musyrikin sebelum mengambil pendapat Saidina Abu Bakar ra.

“Dan sesungguhnya Allah Taala telah menolong kamu dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah…” (Surah ali-Imran: 123)

Semoga Allah Taala memberikan kita hidayah dalam mengikut jejak langkah junjungan besar kita Rasulullah saw dalam mengatur langkah sebagai khalifah di muka bumi Allah Taala ini. Dengan ini, kami ingin mempersilakan saudara/saudari untuk hadir ke acara tahunan, Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) ke-10 PERUBATAN Cawangan Iskandariah. MTC merupakan medium untuk semua ahli sama ada pimpinan atau ahli sendiri untuk tabayyun dan menyampaikan idea penambahbaikan. Berikut merupakan butiran bagi MTC 10:

 

Tarikh: 16 Februari 2018 (Jumaat)

Tempat: Pusat Konvensyen

 

Bersama kenyataan rasmi ini juga kami lampirkan surat jemputan ke Mesyuarat Tahunan Cawangan ke-10. https://tinyurl.com/mtc10  Diharapkan agar semua ahli dapat menghadirkan diri ke MTC 10 seterusnya menjayakan mesyuarat ini. Semoga semua urusan yang berkaitan berjalan dengan lancar insya-Allah.

“Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhan dan melaksanakan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka; dan mereka menginfakkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” (Surah asy-Syura: 38)

Siiru ‘ala barakatillah.

Sekian, terima kasih jazakumullahu khairan kathiran.

“Profesional, Berintegriti, Sistematik”

“at-Taqwa, as-Syifa’, ar-Rahmah”

#PERUBATANKelasPertama

 

Yang menjalankan tugas,

amir

Amir Amrullah bin Ali,

Ketua Jabatan Setiausaha,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2017/2018.

kr

Amyrah Aina binti Mohd Zamri,

Timbalan Ketua Jabatan Setiausaha,

PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2017/2018.

Leave a Reply