السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi peluang untuk terus bernafas dan mengabdikan diri kepada-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alahi wasallam, ahli keluarga serta para sahabat Baginda yang kita kasihi.

 

[Fasal 25: Mesyuarat Tahunan Cawangan]


Perkara 2: NOTIS
“Notis mengenai segala urusan mesyuarat yang akan dibincangkan semasa Mesyuarat Tahunan Cawangan hendaklah dimaklumkan oleh Setiausaha PERUBATAN Cawangan kepada ahli sekurang-kurangnya 7 (tujuh) hari sebelum tarikh diadakan mesyuarat. Notis tersebut hendaklah dilampirkan dengan laporan tahunan Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT) PERUBATAN Cawangan, Penyata Akaun Tahunan PERUBATAN Cawangan dan sebarang usul lain yang yang telah dicadangkan oleh ahli.”

Merujuk kepada Perlembagaan PERUBATAN [Fasal 25] seperti yang tertera di atas, maka dengan ini Jabatan Setiausaha PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI) 2016/2017 telah lampirkan bersama dua dokumen yang bakal dibentangkan dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Kali Ke-9 sebagai bahan rujukan ahli sebelum tiba hari mesyuarat. Diharapkan agar ahli dapat cakna terhadap isi kandungan dokumen-dokumen tersebut.

Dua lampiran dokumen tersebut merupakan:

1. Laporan Tahunan AJKT
2. Penyata Akaun Tahunan PCI 2016/2017

Manakala agenda tetap bagi mesyuarat ini adalah seperti berikut:

1. Pengesahan Minit Mesyuarat Tahunan Cawangan Ke-8.
2. Pembentangan Laporan Aktiviti Tahunan PCI.
3. Pembentangan Penyata Akaun Tahunan PCI.
4. Perbahasan Usul.
5. Sesi Cadangan & Muhasabah Gerak Kerja PCI.
6. Pelantikan Empat (4) Orang Juruaudit PCI Sesi 2017/2018.

Semua ahli PCI dijemput untuk hadir ke Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Iskandariah Kali Ke-9 ini dengan pendaftaran Kuota Perwakilan & Kuota Pemerhati seperti yang telah dimaklumkan oleh Jawatankuasa Mesyuarat Tahunan Cawangan (JMTC).

Sekian, terima kasih.


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“Kita Keluarga PERUBATAN”
“At-Taqwa, As-Syifa, Ar-Rahmah”
‘Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati’

 

 

 

1485004063738

MOHD SHAFIQ FIRDAUS BIN MOHD ZAKI

Jabatan Setiausaha,

Perubatan Cawangan Iskandariah 2016/2017

Leave a Reply