السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi peluang untuk terus bernafas dan mengabdikan diri kepada-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alahi wasallam, ahli keluarga serta para sahabat Baginda yang kita kasihi.

 

Berikut merupakan senarai etika mesyuarat serta etika pemakaian Mesyuarat Tahunan Cawangan Iskandariah ke-9 sesi 2016/2017:

 

ETIKA DISIPLIN DAN PROTOKOL MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN (MTC) ISKANDARIAH KALI KE-9,

17 Februari 2017

PERATURAN KELUAR MASUK DEWAN

  1. Perwakilan dan pemerhati yang hadir diminta berada di dalam dewan 10 minit sebelum persidangan dimulakan.
  2. Perwakilan dan pemerhati tidak dibenarkan berlegar di ruang luar dewan semasa persidangan sedang dijalankan.
  3. Perwakilan dan pemerhati hendaklah masuk melalui pintu yang telah ditetapkan iaitu pintu di sebelah kanan saya bagi ikhwah manakala di sebelah kiri pula untuk akhawat.
  4. Perwakilan dan pemerhati tidak dibenarkan melintas ruangan hadapan dewan tanpa sebarang urusan.

PERATURAN SEMASA BERADA DI DALAM DEWAN

  1. Perwakilan dan pemerhati diminta mematikan telefon bimbit dan peralatan elektronik atau tukarkan kepada tetapan senyap (silent) sepanjang persidangan berlangsung.
  2. Perwakilan dan pemerhati diminta agar tidak membuat bising dan menghormati perwakilan lain yang sedang berucap.
  3. Perwakilan dan pemerhati tidak dibenarkan makan makanan berat di dalam dewan, kecuali gula-gula, dan hendaklah menjaga kebersihan dewan.
  4. Perwakilan diwajibkan memakai reben hijau dan pemerhati pula diwajibkan untuk memakai reben merah yang telah disediakan.
  5. Hanya perwakilan sahaja yang berhak untuk bersuara sama ada memberi muhasabah, cadangan, soalan dan membahaskan usul.
  6. Di minta perwakilan menggunakan mic yang disediakan, akhawat di sebelah kanan manakala ikhwah di sebelah kiri.

PERATURAN SEMASA MAKAN

  1. Perwakilan dan pemerhati hendaklah makan di tempat yang disediakan.
  2. Sampah hendaklah dibuang ke dalam plastik sampah yang telah disediakan.
  3. Perwakilan dan pemerhati dikehendaki menjaga kebersihan tempat makan.

 

 

ETIKA PEMAKAIAN SEMPENA MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN (MTC) KALI KE-9

Perwakilan dan pemerhati yang hadir perlu memakai pakaian mengikut etika dan kod pemakaian seperti berikut:

  • Lelaki :
  1. Memakai kemeja serta berseluar slack serta berkasut.
  2. Digalakkan memakai tali leher dan kot atau blazer.
  3. Jeans ataupun baju-T (berkolar atau tanpa kolar) tidak dibenarkan masuk ke dewan persidangan.
  • Perempuan :
  1. Memakai baju kurung ataupun jubah dan menutup aurat.
  2. Digalakkan memakai kot atau blazer.
  3. Berkasut.

AJKT PERUBATAN dan Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) :

  1. Diwajibkan memakai KOT atau BLAZER ( lelaki dan perempuan ).
  2. Bertali leher bagi lelaki.

 

Sekian, terima kasih.


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

“Kita Keluarga PERUBATAN”
“At-Taqwa, As-Syifa, Ar-Rahmah”
‘Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati’

Jawatankuasa Mesyuarat Tahunan Cawangan kali ke-9,
Jabatan Setiausaha,
PERUBATAN Cawangan Iskandariah 2016/2017.

Leave a Reply