Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Segala puji dan syukur kita panjatkan ke hadrat ilahi kerana masih berada dalam nikmat Islam dan Iman yang kita kecapi sejak sekian lama. Selawat dan salam buat baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga dan juga sahabat-sahabat baginda. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNya, dan sentiasa memperoleh petunjukNya dalam setiap urusan.

Pemimpin dan kepimpinan merupakan tonggak dan kehidupan bermasyarakat. Keberkesanan dan kejayaan sesebuah organisasi atau persatuan, kemajuan sesebuah masyarakat dan Negara, adalah dipengaruhi oleh pemimpinnya.

Islam adalah rahmat untuk semua. Islam telah meletakkan garis panduan untuk meletakkan kepimpinan yang diredai oleh Allah SWT bagi menjamin kemaslahatan manusia di dunia dan di akhirat.

“Wahai orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah rasul dan ulil amri di antara kamu, kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah pada Allah dan rasulNya, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat, yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya.”

Untuk pengetahuan semua, Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC) Iskandariah kali ke 9 bagi sesi 2016/2017 kini telahpun hampir tiba. MTC ialah satu medium untuk ahli PERUBATAN memberikan pendapat, muhasabah serta cadangan untuk penambahbaikan PERUBATAN sepanjang satu sesi pentadbiran.

Berikut ialah butiran mengenai pindaan tarikh dan masa berlansungnya MTC ke 9 :

Tarikh : 17 Februari 2017

Hari : Jumaat

Tempat : Pusat Konvensyen Fakulti Perubatan Universiti Iskandariah

Bersama kenyataan rasmi ini juga kami lampirkan surat jemputan (sila klik disini) ke program MTC kali ke-9. Justeru, diharapkan semua ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat Tahunan Cawangan kali ke-9 dan sama-sama menjayakan program ini. Semoga segala urusan yang berkaitan akan berjalan dengan lebih lancar insyaAllah. Wallahua’lam.

Sekian, terima kasih.

“At-Taqwa, As-Syifa’, Ar-Rahmah”

“Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati”

 

1485004063738

 

Mohd Shafiq Firdaus Bin Mohd Zaki

Ketua Jabatan Setiausaha, PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi 2016/2017

 

 

1485004098543

Jamilah Binti Abd Malek

Timbalan Ketua Jabatan Setiausaha, PERUBATAN Cawangan Iskandariah sesi 2016/2017

Leave a Reply