TENTATIF

| No comment yet


08:30  - Ketibaan Perwakilan Dan Pemerhati

08.45 - Ketibaan Dif Kehormat

09:00   - Kata-Kata Aluan Pengerusi Majlis

09:05   - Bacaan Al-Quran

09:10   - Ucapan Pengarah Jawatankuasa MTC

09:15  - Ucapan Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah

09:20   - Ucapan Wakil Perubatan Pusat

09:25  - Ucapan Tuan Haji Isahak Bin Othaman

09:35   - Ucapan Perasmian – Dekan Fakulti Perubatan

09:45  - Tayangan Video Dan Penyampaian Cenderahati

10:00   - Pembentangan Minit Mesyuarat Tahunan Cawangan(MTC) Kali Ke -3 Dan Majlis Transisi   Kepimpinan

10:15   - Ucapan Dasar Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah (PCI)

10:30   - Sesi Membahas Ucapan Dasar Pengerusi

10:40   - Pembentangan Laporan AJKT Sesi 2011/12 Oleh Setiausaha PCI
            - Sesi Soal Jawab 1

11:45   - Rehat (Solat Zohor)

12:45   - Sesi Soal Jawab 2

01:00  - Pembentangan Usul Dan Perbahasan Usul  1

02:45   - Solat Asar (Rehat)

03:00   - Pembentangan Usul Dan Perbahasan Usul 2

03:15   - Muhasabah Dan Cadangan

04:40   - Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan Dan Cenderhati
   - Majlis Penyampaian Hadiah Untuk Anugerah Ahli Proaktif
            - Penyampaian Watikah Perlantikan Ketua Batch

04:55   - Ucapan Penangguhan Pengerusi PCI Sesi 2011/12

05:05   -  Pengenalan AJKT Sesi 2012/13

05:30   - Bersurai



"SUARAKAN PANDANGAN, SEMARAKKAN KESATUAN"

UNIT DISIPLIN DAN PROTOKOL
MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN

ETIKA MESYUARAT

| No comment yet

1.       Bahasa Rasmi
1.1.    Bahasa Rasmi semasa mesyuarat hendaklah Bahasa Melayu.
2.       Minit Mesyuarat Agung Yang Lalu
2.1.    Minit Mesyuarat Agung yang lalu akan diedarkan untuk pengesahan. Selain dari pembetulan minit, perbincangan atasnya tidak dibenar. Hanya selepas pengesahan dibuat dan ditandatangani oleh Pengerusi, Perwakilan-Perwakilan boleh bertanya sekadar mendapat penjelasan sahaja. Perbahasan terhadapnya tidak dibenarkan.
3.       Hak-Hak Ahli Dewan
3.1.    PERWAKILAN
3.1.1. Perwakilan mempunyai hak untuk bercakap, menyuarakan pendapat, pandangan, cadangan, sokongan dan mengundi atas sesuatu perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat.
3.2.    PEMERHATI
3.2.1. Pemerhati TIDAK mempunyai hak untuk bercakap, menyuarakan pendapat, pandangan, cadangan, sokongan dan mengundi atas sesuatu perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat.

4.       Laporan Tahunan
4.1.     Laporan Tahunan yang mengandungi Laporan Ahli Jawatankuasas PERUBATAN CAWANGAN ISKANDARIAH (selepas ini disebut PCI) dan Penyata Kewangan akan dibentangkan untuk dibincangkan setelah Minit Mesyuarat Agung yang lalu disahkan.

5.       Tertib Bercakap
5.1.    Perwakilan yang hendak bercakap hendaklah bangun dan apabila dipanggil oleh Pengerusi hendaklah ia berdiri dan mengarahkan ucapannya kepada Pengerusi. Apabila lebih dari seorang bangun untuk bercakap, Perwakilan terdahulu bangun diberi keutamaan. Walaubagaimanapun, keputusan terletak pada Pengerusi.
5.2.    Perwakilan tidak boleh bercakap lebih dari sekali diatas sebarang usul atau pindaan yang sama kecuali (sebagai pembawa usul atau pindaan kepada usul itu) untuk menjawab. Tetapi sekiranya ada pindaan dibuat ke atas usul asal, seseorang Perwakilan, sungguhpun telah bercakap dibolehkan sekali lagi bercakap terhadap pindaan yang dibuat itu.
5.3.    Perwakilan tidak boleh mengganggu Perwakilan yang sedang bercakap kecuali :-
5.3.1.  Jika hendak mengeluarkan teguran berkenaan perkara tertib mesyuarat. Ketika itu Perwakilan yang sedang bercakap hendaklah menarik perhatian kepada perkara yang hendak dikeluarkan buat pengetahuan mesyuarat dan diserahkan kepada Pengerusi untuk memutuskannya, ATAU
5.3.2.  Jika hendak menerangkan apa-apa perkara yang dikeluarkan oleh Perwakilan yang bercakap itu dalam ucapannya dengan syarat Perwakilan yang sedang bercakap itu mahu beralah dan duduk dan Perwakilan yang hendak mengganggu itu dipanggil oleh Pengerusi.
5.4.    Jika seseorang Perwakilan mengganggu Perwakilan lain yang sedang bercakap semasa mesyuarat berjalan atau menggunakan bahasa kasar atau biadab dan engkar mematuhi arahan Pengerusi apabila diminta menjaga tertib mesyuarat, namanya akan dicatat oleh Pengerusi. la akan diminta meninggalkan bilik mesyuarat dan tidak akan dibenarkan masuk selagi ia tidak meminta maaf yang memuaskan dan diterima oleh Pengerusi.
5.5.    Jika Pengerusi memberi arahan untuk bertenang, atau apa-apa arahan yang ada kaitan dengan mesyuarat, Perwakilan yang sedang bercakap hendaklah kembali  duduk dan lain-lain Perwakilan tidak dibenarkan bercakap sehingga Pengerusi memberi kebenaran untuk melanjutkan perbincangan.
6.       Had Masa Bercakap
6.1.    Pembawa usul atau pindaan tidak dibenarkan bercakap lebih daripada lima (5) minit. Perwakilan yang membicarakan usul selepas itu tidak dibenarkan melebihi tiga (3) minit, kecuali jika dibenarkan masa tambahan oleh Pengerusi. Tambahan masa yang diberi hendaklah tidak melebihi dua (2) minit.
7.        lsi-lsi Ucapan
7.1.     Perwakilan hendaklah menghadkan percakapan kepada perkara yang dibincangkan sahaja, dan tidak boleh mengeluarkan apa-apa yang tidak ada kaitan dengan perkara yang dibincangkan itu.
7.2.     Perkara-perkara yang dalam timbangan mahkamah tidak boleh disebut.
7.3.    Perkara-perkara yang telah diputuskan oleh mesyuarat tidak boleh ditimbangkan semula kecuali dengan adanya usul tersendiri bagi membatalkan keputusan mesyuarat berkenaan dengan perkara itu.
7.4.    Seseorang Perwakilan tidak boleh menggunakan bahasa biadab dan tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat terhadap Perwakilan lain.
7.5.     Seseorang Perwakilan yang bercakap tidak boleh menggunakan:
7.5.1. Perkataan-perkataan kesat dan
7.5.2.  Perkataan-perkataan yang menaikkan perasaan sakit hati dan permusuhan di antara ahli dewan.
8.        Usul (Motion)
8.1.      Sebarang cadangan pertama di dalam satu perkara itu akan dikenali sebagai “Usul Asal” dan semua cadangan mengenai perkara yang sama dikenali sebagai “pindaan”.
8.2.      Tiap-tiap usul atau pindaan-pindaan kepadanya hendaklah ada pencadang dan penyokongnya dan hendaklah dibentangkan secara bertulis.
8.3.      Apabila sesuatu usul itu ditarik balik selepas ianya telah dimasukkan dalam Agenda, Pengerusi, apabila sampai masanya, mengisytiharkan dalam Mesyuarat Agung bahawa usul tersebut itu telah ditarik balik dan tidak boleh dibahas lagi.
9.       Cadangan Dan Sokongan
9.1.      Sesuatu usul atau pindaan tidak boleh dibincangkan atau dibahas sehingga ia mendapat sokongan. Jika tiada sokongan usul atau pindaan itu gugur dengan sendirinya.
9.2.      Seseorang Perwakilan tidak boleh mencadangkan atau menyokong lebih dari sekali. Pencadang atau penyokong sesuatu usul atau pindaan usul tidak boleh mengemukakan (mencadang) atau menyokong pindaan lain kepada usul tersebut.
10.   Pindaan
10.1.  Jika sebarang pindaan dikemukakan dan disokong terhadap sesuatu usul, pindaan selanjutnya tidak boleh dibuat sehingga pindaan terdahulu itu dibatalkan. Apabila pindaan kepada usul tersebut diisytiharkan, usul yang dipinda menjadi usul asal, yang mana pindaan-pindaan selanjutnya boleh dikemukakan tertakluk kepada peraturan 11 Etika ini.
11.   Usul Tergempar
11.1.  Sebarang usul yang tidak dimasukkan ke dalam Agenda tidak boleh dikemukakan dalam mesyuarat. Tiap-tiap anggota yang berhajat untuk membawa perkara-perkara yang tidak bertulis dalam agenda hendaklah mempunyai hak untuk mengemukakannya sebagai Perkara-perkara Mustahak, usul demikian hendaklah dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh pembawa untuk diserahkan kepada Pengerusi dan dibaca kepada majlis mesyuarat. Pengerusi akan menangguhkan mesyuarat dalam masa tidak lebih dari lima minit. Apabila mesyuarat disambung semula, Pengerusi hendaklah membacakan usul tersebut dan meletakkan perkara itu kepada mesyuarat bagi memutuskan samada atau tidak ia boleh diterima untuk dibahaskan. Pencadang usul hanya boleh bercakap setelah mesyuarat bersetuju menerima dengan kelebihan undi (2/3) dua pertiga.
12.   Hak Menjawab
12.1.  Pembawa usul (termasuk pembawa pindaan yang menjadi usul asal) mempunyai hak untuk menjawab dengan syarat ia hendaklah menjawab kepada ucapan yang dibuat olehnya terdahulu. Perkara-perkara baru tidak boleh dibangkitkan. Setelah menjawab, usul hendaklah diundi dengan segera untuk mendapatkan suara majoriti Perwakilan-Perwakilan yang hadir.
12.2.  Jika usul asal telah diganti dengan pindaan, hak menjawab diberikan kepada pembawa pindaan.
13.   Pengundian
13.1.  Semua perkara hendaklah diputuskan dengan kelebihan undi kecuali perkara-perkara berkaitan dengan Pindaan Undang-undang Kecil. Jika undi sama banyak, perkara yang dibincangkan disifatkan kalah. Pengerusi tiada undi muktamad.
13.2.  Pengerusi mesyuarat tidak boleh mengundi berkenaan sebarang perkara mengenai dirinya sendiri.
13.3.  Cara mengundi adalah seperti berikut:-
13.3.1.    Seorang perwakilan hanya boleh mengundi sekali sahaja untuk setiap usul yang dibahaskan.
13.3.2.    Perwakilan tidak dibenarkan untuk menukar undi setelah undi siap dikira.
14.   Adab Perwakilan Tidak Bercakap Semasa Mesyuarat
14.1.     Perwakilan hendaklah masuk ke dewan atau keluar daripada dewan atau membawa diri dalam dewan dengan tertib adab.
14.2.     Seseorang Perwakilan tidak boleh melintas ruangan tengah dewan tanpa apa-apa urusan.
14.3.     Perwakilan tidak boleh membaca surat-suratkhabar, buku-buku, surat-surat atau lain-lain kecuali bahan bacaan yang ada kena mengena dengan perkara yang dibahaskan.
14.4.     Masa seseorang Perwakilan bercakap, Perwakilan lain hendaklah diam dan tidak mengganggu.
15.   Kuasa Pengerusi Mesyuarat dan Tertib Dalam Mesyuarat
15.1.  Bila Perwakilan-Perwakilan ditegur oleh Pengerusi berkenaan dengan peraturan mesyuarat atau bangun semasa perbahasan berjalan, mana-mana Perwakilan yang sedang bercakap, hendaklah duduk dan mesyuarat hendaklah diam supaya percakapan Pengerusi dapat didengar dan tidak terganggu.
15.2.  Adalah menjadi tanggungjawab Pengerusi memastikan supaya Etika Mesyuarat ni dipatuhi dan keputusan mengenai apa-apa perkara peraturan mesyuarat tidak boleh diminta ditimbangkan semula.
15.3.  Pengerusi, setelah menarik perhatian mesyuarat kepada kelakuan seseorang Perwakilan yang degil dengan menyebutkan perkara-perkara yang tidak kena mengena dengan perkara mesyuarat boleh, memerintahkan ia berhenti bercakap.
15.4.  Pengerusi hendaklah memerintahkan mana-mana Perwakilan yang berkelakuan tidak senonoh (biadab) keluardengan serta merta daripada mesyuarat.
15.5.  Perwakilan yang diperintahkan keluar menurut 21.4 dengan serta-merta hendaklah keluar dari dewan dan tidak dibenarkan masuk hingga habis mesyuarat.
15.6.  Sesuatu perkara yang berbangkit mengenai prosedur, maka proses pengundian untuk membuat keputusan adalah tidak diperlukan. Adalah memadai dengan keputusan Pengerusi sahaja. Sekiranya perkara yang dibincangkan melibatkan perkara hakiki (substantive), maka keputusan hendaklah dibuat cara pengundian.


"SUARAKAN PANDANGAN, SEMARAKKAN KESATUAN"

UNIT DISIPLIN DAN PROTOKOL
MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN

5 USUL diluluskan

| No comment yet
Berikut merupakan usul yang telah diluluskan dan akan dibawa ke MTC-4 insyaAllah.
 
 
1. USUL: PROGRAM PERUBATAN HARUS DITERUSKAN MESKI PUN DI MALAYSIA

 

Oleh: NUR IZYAN HANISAH BINTI SHAHUL IKRAM
3 MEDIK    
01146791751


Setiap tahun,kebanyakan pelajar-pelajar di Mesir akan pulang ke Malaysia pada cuti musim panas khasnya.Sepanjang cuti, kebiasaannya pelajar-pelajar hanya duduk di rumah tanpa terlibat dalam apa-apa aktiviti. Sewajarnya para pelajar mengoptimumkan waktu cuti dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Mungkin sebahagiannya berkeinginan untuk melibatkan diri dalam program-program berfaedah, tetapi masih tercari-cari program apa yang sesuai, dengan siapa pula mereka akan pergi.

Maka,melihat kepada peluang cuti ini, PERUBATAN sepatutnya mengambil peluang untuk menganjurkan program-program yang bermanfaat untuk ahli-ahli atas alasan yang berikut:

1-     Mengasah bakat serta menambah potensi serta ilmu melalui program yang dijalankan. Contoh: BOOM, aktiviti perkhemahan, program kemanusiaan palestin, lawatan dan sumbangan ke rumah anak yatim

2-     Meluangkan masa yang ada dengan optimum demi menjadi golongan profesional yang serba boleh dan versatil serta hebat dari segi 'soft skill'

3-     Sebagai kesinambungan tarbiyah serta mengisi jiwa dengan aktiviti-aktiviti PERUBATAN khususnya aktiviti PERUBATAN cawangan.

4-     Meluaskan ruang dan skop pemikiran tidak terhad dalam bidang perubatan sahaja.contoh: program perbandingan agama (friendly comparative religion), program kesedaran palestin,perkongsian alam menara gading dengan calon-calon SPM

Modus operandi.

1-     Menjemput para doktor yang pernah belajar di Mesir untuk jadi ahli ALUMNI PERUBATAN.
-dengan adanya mereka sebagai ahli,adalah lebih mudah untuk kita menjemput mereka memberi pengisian kepada ahli-ahli yang masih belajar melalui ilmu dan pengalaman mereka.
-mereka juga dapat membantu para ahli untuk dapat pendedahan awal tentang situasi sebenar para pengamal perubatan di Malaysia
-sekadar cadangan: SC dijalankan bermentorkan ahli-ahli ALUMNI PERUBATAN

2-     Ahli-ahli yang mempunyai hubungan dengan orang-orang yang difikirkan boleh memberi pengisian ilmu dan pengalaman,bolehlah menjemput mereka untuk terlibat dalam aktiviti PERUBATAN di Malaysia.contoh: Ali anak saudara kepada DR Harlina dan juga jiran kepada Ustaz Kazim,Ali menjemput mereka bersua untuk berkongsi ilmu dengan ahli-ahli PERUBATAN.

3-     Setiap program atau aktiviti yang dianjurkan di PERUBATAN di Malaysia hendaklah melibatkan semua ahli,namun kedatangan tidak diwajibkan.Bagi individu yang bukan ahli PERUBATAN,juga dijemput untuk hadir berdasarkan kekosongan dan keadaan tempat.Walau bagaimanapun,keutamaan hendaklah diberikan kepada ahli PERUBATAN.

Jika dilihat secara rambang, usul ini ada banyak halangan. Tambahan pula, sukar untuk mengumpulkan ahli-ahli yang berasal dari pelbagai negeri. Namun, setiap program hendaklah dimulakan secara kecil-kecilan serta beransur-ansur tanpa mengharapkan kedatangan dan sambutan yang luar biasa pada awalnya. Program PERUBATAN khususnya bahagian cawangan harus diteruskan di Malaysia demi mengelak sangkaan bahawa "PERUBATAN tak best sangat,tak ada 'follow up' kat Malaysia".

Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih.      


------------------------------------------------------------------------------------------------------------


2. USUL: MEMPERKASAKAN SISTEM MUSYRIF DENGAN MENUBUHKAN SEBUAH JABATAN MUSYRIF YANG BERORGANISASI TERSUSUN

Oleh:  RAJA SHAHRIZAD BIN RAJA ABDUL RASHID 
3 PERUBATAN      
01145952383


Berdasarkan pemerhatian dan perbincangan dari sesetengah pihak, kami dapati banyak permasalahan yang berlaku dengan sistem musyrif. Antaranya adalah:
1. Kurangnya tenaga (para musyrif).
2. Ajkt yang menguruskan terasa penat dan terlepas pandang. (kepelbagaian komitmen)
3. Akhawat kurang memahami etika penggunaan sistem musyrif.
4. Tidak ramai akhawat yang menggunakan sistem musyrif.
5. Kawasan perumahan akhawat kurang lelaki. (Camp Ceaser)
6. Sistem musyrif semasa Tafaqquh kurang effisien.
7. Seringkali musyrif yang sama dipanggil pada waktu yang sama.
8. Musyrif yang ada kurang kepercayaan.
9. Terdapat akhawat yang ‘memilih’ musyrif.


Cadangan teknikal dan kaedah penyelesaian

1. Sistem musyrif mengikut batch:
-khusus mengikut rumah
-musyrif tetap untuk akhawat pergi ‘study group’ di rumah rakan
-tugasan musyrif mengikut jadual

2. Sistem musyrif mengikut program (cth; tafaquh) :
-musyrif yang sama pergi dan balik program
-pelajar keluar dahulu dari program mengikut kawasan

 Organisasi Jabatan Musyrif & Keselamatan (JAMU):
1. Pengarah
2. Timbalan Pengarah
3. Ketua Unit Musyrif bagi setiap batch
4. Unit Aduan &‘Special Branch’
5. Unit Penerangan
-penyampaian berita dan isu semasa yang berkaitan
-menyampaikan kesedaran dan kepentingan (cth; artikel, video..)
6. Bendahari
7. Setiausaha
8. Penasihat
9. Penaung

Resolusi yang bakal dijalankan oleh JAMU:
1. Unit musyrif akan mencari dan melantik musyrif
2. Majlis watikah perlantikan musyrif
3. Penerangan sistem musyrif dan etika
4. Menerima aduan dan mencari penyelesaian
5. Program keraian kepada para musyrif   

------------------------------------------------------------------------------------------------------------



3. USUL: PERUBATAN GLOBAL

Oleh: MUHAMMAD AMIN BIN MOHD NORDIN        
TAHUN 2 PERUBATAN   
0119471797

Misi/objektif/matlamat/sasaran:
1.  Meluaskan pengaruh PERUBATAN secara keseluruhan di setiap penjuru dunia dalam bidang berkaitan perubatan.
2.      Melibatkan semua ahli dalam gerak kerja PERUBATAN secara keseluruhan.
3.      Melahirkan mahasiswa pemikir bertaraf profesional dalam bidang medical.
4.  Mengembalikan kegemilangan Islam dalambidang perubatan sperti yang pernah tercapai pada satu masa dahulu.

Mekanisma pelaksanaan
1.      Membina hubungan dengan badan-badan yang terlibat dalam bidang sains kesihatan.
2.      Menyediakan ruang dan sokongan kepada ahli untuk mengkaji bidang sains kesihatan di peringkat antarabangsa.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


      
4. KEBERKESANAN ORGANISASI BATCH DENGAN MEMANFAATKAN KEPELBAGAIAN AHLI


Oleh: Nadiah Binti Mohd Shah
Tahun 2 (PERUBATAN) 
01145038956


Definisi usul

1. Meningkatkan keberkesanan .
- Setahun sudah Organisasi Batch dilaksanakan untuk memastikan capaian PCI kepada seluruh ahlinya tercapai. Memandangkan Organisasi Batch masih baru, ia tidak terlepas daripada kekurangan yang mendesak kita untuk meningkatkan keberkesanan gerak kerja organisasi ini. Menurut pemerhatian saya terdapat beberapa factor yang boleh ditingkatkan lagi untuk memantapkan organisasi ini.

Antaranya  ialah:
I. Masalah kekurangan tenaga pakar dalam melaksanakan gerak kerja yang dirancang. Ahli dilihat hilang fokus dalam menyumbangkan tenaga kerana mereka disibukkan dalam platform lain yang kurang capaian dan tidak menyeluruh berbanding Organisasi Batch.
II. Organisasi Batch kekuranngan idea kreatif dalam merancang dalam melaksanakan program.
III. Berlakunya pertembungan program yang boleh dielak dan pengulangan program yang mempunyai objektif yang sama.
IV. Program-program yang dilaksanakan tidak disatukan dalam Organisasi Batch
V. Tiada kesedaran dalam ajk dan ahli batch untuk bergerak

2. Organisasi Batch
- Organisasi Batch menjadi platform yang terbaik dalam menyatukan semua mahasiswa Sains Kesihatan kerana keahlian PERUBATAN secara umumnya adalah automatik. / Organisasi Batch diharapkan menjadi tempat untuk kita bersatu dan berukhuwwah.
- Organisasi Batch perlu melaksanakan program yang boleh memberi manfaat kepada seluruh ahli yang pelbagai.
- Organisasi Batch sepatutnya menjadi medan yang terbaik untuk kita sama-sama membawa dan merealisasikan agenda-agenda yang ingin dibawa oleh PCI.
- Organisasi Batch menjadi medan yang terbaik untuk belajar dan mencari pengalaman dalam berorganisasi.

3. Memanfaatkan kepelbagaian ahli.
- Setiap tahun PCI menerima ahli yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang berbeza, minat yang berbeza, pendekatan yang berbeza, cara berfikir yang berbeza, perlaksanaan yang berbeza dan idea yang pelbagai. Maka sangatlah rugi seandainya potensi ini tidak digunakan sebaiknya. Malah lebih rugi seandainya hanya sesetengah golongan sahaja yang diberikan peluang untuk menyumbang dan  golongan yang lain diabaikan. Oleh itu saya menyeru kepada semua kawan-kawan saya agar memanfaatkan Organisasi Batch sebaik-baiknya sebagai medan untuk kita belajar meningkatkan potensi diri dan berSINERGI agar terhasil sesuatu yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Pada masa yang sama kita buka peluang kepada semua orang untuk sama-sama menyumbang dalam Organisasi Batch.
“Bersama memantapkan OB”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


5. USUL: MEWUJUDKAN TABUNG KHAS DUIT HARAM (RIBA’) BAWAH UNIT KEBAJIKAN PCI


Oleh:  Zainal Abdullah b. Zainal Adlishah
Tahun 6 Perubatan
01115170661

Penerangan:

          Majoriti pelajar di Iskandariah menggunakan Akaun Simpanan dalam sistem perbankan konvensional bagi urusan simpanan, dan keluar masuk wang perbelanjaan. Melalui akaun simpanan ini, pihak bank akan memberikan duit faedah kepada pemilik akaun bagi tempoh setiap 4-6 bulan, berpandukan jumlah simpanan pada masa tersebut.

          Menurut ijma’ ulama’ yang pakar dalam bidang fiqh mu’amalat, duit faedah yang diterima melalui sistem perbankan konvensional ini adalah sebahagian daripada riba’, maka hukum menggunakannya untuk kepentingan peribadi adalah haram.

          Ulama’ telah menetapkan, duit faedah ini hendaklah disalurkan ke arah sesuatu yang bersifat maslahat umum seperti bantuan untuk masyarakat fakir miskin dan anak yatim. Oleh sebab itu, saya mengusulkan agar tabung khas ini diwujudkan bawah Unit Kebajikan PCI bagi menjamin pengurusan duit faedah yang betul bagi ahli-ahli PCI, seterusnya, membantu dan mengelakkan para ahli daripada terjebak dalam penggunaan duit faedah tersebut.

         Unit Kebajikan kemudian bolehlah menyalurkan hasil kutipan duit faedah berkenaan untuk membantu fakir miskin sama ada di kalangan pelajar Malaysia mahupun rakyat Mesir. Bahkan, duit berkenaan juga boleh diserahkan kepada Baitulmal di mana-mana negeri di Malaysia, kerana pihak Baitulmal juga mempunyai system pengurusan duit haram/riba’ yang tersusun




| No comment yet

Disiplin dan Protokol Menghadiri Mesyuarat Tahunan Cawangan Iskandariah kali ke-4, 13 Januari 2011


KETIBAAN
Kaunter pendaftaran dibuka mulai jam 8.30 pagi.

PERATURAN PEMAKAIAN
·        Perwakilan yang hadir perlu memakai pakaian mengikut etika dan kod pemakaian seperti berikut:
·         Lelaki:
1.       Memakai kemeja serta berseluar slack serta berkasut.
2.       Digalakkan memakai tali leher.
3.       Digalakkan memakai kot atau blazer.
4.       Jeans ataupun baju-T (berkolar atau tanpa kolar) tidak dibenarkan masuk ke bilik mesyuarat.



·         Perempuan:
1.       Memakai baju kurung ataupun jubah.
2.       Bertudung kepala (bagi yang beragama Islam)
3.       Digalakkan memakai kot atau blazer.
4.       Berseluar (slack atau jeans) atau berbaju-T tidak dibenarkan masuk ke bilik mesyuarat.


·         Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PERUBATAN (AJKT), Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC), dikehendaki memakai pakaian seperti etika dan kod pemakaian Perwakilan tetapi diwajibkan memakai KOT (Lelaki dan Perempuan) dan bertali leher bagi bagi lelaki.


·        Pemerhati yang hadir perlu memakai pakaian mengikut etika dan kod pemakaian seperti yang berikut:

Lelaki:
1.       Kemeja atau berbaju-T (berkolar sahaja)
2.       Seluar slack
3.       Berkasut
4.       Jeans atau baju –T tanpa kolar tidak dibenarkan masuk ke bilik mesyuarat.
Perempuan:
1.       Berbaju kurung atau jubah
2.       Menutup kepala (bagi yang beragama Islam)
3.       Berkasut

KEHADIRAN DALAM DEWAN
1.       Perwakilan dan Pemerhati yang hadir diminta berada di dalam dewan 10 minit sebelum acara dimulakan.

PERATURAN KELUAR MASUK DEWAN
1.       Ahli-ahli hendaklah masuk melalui pintu yang telah ditetapkan. Pihak pelaksana majlis akan menetapkan pintu untuk laluan ikhwah dan akhawat.
2.       Ahli-ahli diminta meninggalkan dewan dalam keadaan senyap dan teratur.
3.       Ahli-ahli  tidak dibenarkan keluar dari majlis melainkan pada waktu rehat dan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.



PERATURAN SEMASA BERADA DI DALAM DEWAN
1.       Ahli dewan diminta mematikan telefon bimbit atau tukarkan kepada mode senyap (silent) sepanjang majlis berlangsung. 
2.       Perwakilan atau pemerhati perlu keluar dari dewan sekiranya ingin menjawab penggilan telefon.
3.       Ahli  diminta agar tidak membuat bising bagi menghormati majlis. 
4.       Ahli hendaklah menjaga kebersihan di dalam dewan.



PERATURAN SEMASA MAKAN
Sampah hendaklah dibuang di dalam plastik sampah yang telah disediakan.
Menjaga kebersihan tempat makan.



"SUARAKAN PANDANGAN, SEMARAKKAN KESATUAN"


UNIT DISIPLIN DAN PROTOKOL
MESYUARAT TAHUNAN CAWANGAN

Laporan Tahunan PERUBATAN Cawangan Iskandariah Sesi 2011/12

| No comment yet
LAPORAN TAHUNAN PCI